Want your
own Fotopage?








 
:: Welkome to fifi fad's fp! ::

By: fifi fad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Sunday, 20-Sep-2009 05:00 Email | Share | | Bookmark
aildilfitri 2009

 
 
 
 
 
 
 
 
 
View all 21 photos...
Salam Aidilfitri 1430H!

fifi fad dan keluarga ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin. semoga ramadahan yg lalu mendapat keberkatan dari-Nya. aidilfitri kali nie sgt bermakna buat fifi fad kerana abah dapat bersama2 meraikan syawal 1430H dan merupakan raya terakhir fifi fad dan suami di Loughborough. untuk raya kali ini, fifi fad joint venture open house bersama tiga keluarga lain. abah n suami fifi fad telah memasak tiga kilo rendang seri serai, fifi fad pulak memasak nata de coco in red jelly [nama mau vogue, walaupun resepinya simple ], steam choc cake with over2 topping [to kak muni, nanti saya bg resepi nyer kay!], n pulut kuning bersinar2 syawal...dan kak mimi n awin telah bertungkus lumus memasak dua hari dua malam segala jenis raya cookies, kyong pula memasak mee kari daging, nasi impit dan kuah kacang. Yg x dapat dilupakan, menu utama iaitu mee kari spesel drp Hendrik yg zup-zass habih seperiuk besaq. mmg sedap!

Terima kasih kepada tetamu yg hadir dan keluarga hendrik+awin yg sudi menjadi tn rumah syawal kali ini serta co-host: kak mimi n kak yong yg sama2 bertungkus memasak juadah pd malam raya.

























Add comment


Monday, 14-Sep-2009 06:38 Email | Share | | Bookmark
alya's bdie

 
 
 
 
 
 
View all 17 photos...



















Add comment


Friday, 11-Sep-2009 05:08 Email | Share | | Bookmark
21 Ramadhan

 
 
 
View all 6 photos...
mee hailam + paprik ayam dan udang.




mee hailam
tumis bbesar [1/2 labu, dihiris nipis] + bputih [2 ulas, diketuk] di dalam olive oil. Masukkan ayam [semangkuk, diptong kecil2]. kacau sebentar. Tuang sos tiram + sos cili manis + sos tomato + garam kasar + kicap manis + air. Masukkan karot. Biar empuk ayam dan karot. Masukkan tepung [1 tbsp, f(x): pekatkan kuah]. Dah mendidih, masukkan broccoli + baby corn + udang. Sebelum dihidangkan, panaskan kembali kuah, masukkan pak choi dan mee. Siap untuk dihidangkan.

resepi asal: Kak Mimi






paprik ayam dan udang
tumis bahan blend: bbesar [1/2 labu] + bputih [3 ulas] + cabai kering [5-7 biji] dlm olive oil bersama serai [sebatang, diketuk] + cabai melaka [3 biji, diketuk]. dah pecah pecah minyak, masukkan ayam [semangkuk, dipotong kiub]. Kacau sebentar dlm api yg kuat. Tuang sos sotong + sos tomato + sos tiram + kicap [manis + masin] + garam kasar. Masukkan air [1-2 cwn]. Masukkan karot. Biar karot dan ayam empuk seketika. Masukkan sayur2 spt broccoli + baby corn + kcg pjg. Hampir masak, tambah udang + bbesar [1 labu, potong wedges] + tomato [1 biji, potong wedges] + daun limau purut [dikoyak2]. Tabur dg lada putih [optional] dan hidang dg nasi putih panas2 bersama telur dadar 'gorgeous' dan sambal belacan pelam no wonder fifi fad tak kurus2 walaupun dah lebih 20 hari berpuasa.

nice dish lah sis Sun 13-Sep-2009 21:47
Posted by:putrimlm  - [Link]
Add comment


Wednesday, 9-Sep-2009 18:21 Email | Share | | Bookmark
19 Ramadhan

 
 
 
View all 9 photos...
menu hari ini: ayam perap sate + sup sayur ayam + lepat pisang







Add comment


Thursday, 3-Sep-2009 20:21 Email | Share | | Bookmark
Benkang Pandan

 
 
 
Kelmarin ada jemputan lagi, jadi fifi fad cuma masak kuih-muih. Salah satunya Bengkang Pandan. Resepi nie sangat sedap dan mudah dibuat. Dah banyak kali fifi fad mencuba resepi ini - memang menjadi dan sekelip mata boleh habih Tak percaya? Cubalah...dan terima kasih kepada master of all chefs yg sudi berkongsi resepi kuih traditional ini; siapa lagi kalau bukan K.Jue....





Benkang Pandan
4 cawan santan
2 cawan gula
2 cawan tepung
5 biji telur
Daun Pandan [fifi fad guna perisa pandan - turn out not bad jugak la. So tak yah tapis2. Jimat dah satu step ]

Blend semua bahan di atas dan tapis ke dalam dulang bakar yg dah disapu dg minyak sapi.
Bakar selama sejam dg gas 4/5.

Nie tambahan kat resepi asal - kalau suka boleh tabur kacang tumbuk atau bijan kat atas adunan sebelum dibakar.

ZAI BENGKANG KURENG KIT TAPI BILA TGK AKAK MASAK TERINGIN PLAK.. Sat 5-Sep-2009 14:01
Posted by:zai KuLiM  - [Link]
Hai ini Iman tak. ingat tak lagi? jangan takingat Iman pulak ?Bila nak balik Malaysia? Acik Pinat Iman nak pergi North Amareka,nak pergi tak ? Bye jumpalagi assalammualaikum .Nnanti--- nanti nanti ada cerita lagi ape boleh tak cerite pasal negeri---negeri yang lain Fri 2-Oct-2009 12:18
Posted by:Imaan Zaeef Aldrin
Add comment


Tuesday, 1-Sep-2009 19:56 Email | Share | | Bookmark
11 Ramadhan

 
 
 
View all 6 photos...
Dapur fifi fad agak sepi lately kerana memenuhi jemputan rakan2 selama dua hari sekitar Lufbra. Alhamdulillah...rezeki jangan ditolak ye tak? Dan errm...sedap2 belaka hidangan berbuka yg dimasak para host. Terima kasih kepada yg menjemput ya!
Pejam-celik, pejam-celik ...dah masuk 11 Ramadhan, nearly halfway kita berpuasa. Cepat kan? Okay, untuk berbuka hari nie fifi fad baru nak warm-up balik masak Jadi masak yg easy-peasy aje: Nasi Gr Leeks dan Bubur Kacang perisa Durian.










Bubur Kacang perisa Durian!
Basuh dan rendam kcg hijau [1 cwn] selama 30 mins. Toskan.
Rebus kacang hijau dg air [1 liter] dlm periuk cast-iron. 30 mins dah empuk...dan air pun kering.
Tambah air [2 cwn] + daun pandan [2 helai] + gula [1 cwn] + garam [1/2 tsp] + durian [tanpa biji, satu pek]. Masak sebentar.
Masukkan santan [1 tin]. Kacau sehingga mendidih [kacau sokmo supaya x pecah minyak] dan tutup api.


sedapppp Wed 2-Sep-2009 05:22
Posted by:putrimlm  - [Link]
huh....org yg kat sini tak rajin nak masak bubur kacang berdurian walaupun musim durian baru je lepas Thu 3-Sep-2009 13:49
Posted by:kak tie  - [Link]
Add comment


Friday, 28-Aug-2009 20:48 Email | Share | | Bookmark
Menu iftar hari ke 7

 
 
 
View all 12 photos...
Hidangan berbuka puasa hari nie cukup simple - masak yg senang2 aja. Inilah menu iftar hari ke-7: mee udang, buah pelam puerto rico, pengat jagung, falafel dan grapes.



ready made falafel




pelam puerto rico




Pengat Jagung
Satu tin jagung - tin besar [285g] dimasak bersama sedikit air [1/3 cwn] dan gula [2 tbsps]. Rebus 7-8 mins.
Bancuh tepung beras [6 tbsps timbun] bersama santan [1 tin] dan gula [6 tbsps paras]. Masak di atas api kecil bersama daun pandan dan secubit garam.
Kacau sehingga naik “gunung berapi” - adunan tu akan meletup-letup, 'pop-pop'.
Masukkan jagung rebus tadi dan kacau 5-6 mins.
Tuang di atas pinggan leper dan biar ia sejuk dan memejal.

adus..terliur nyer zai.. Sat 29-Aug-2009 05:16
Posted by:zai KuLiM  - [Link]
kak fadra..bile nengok FP kak fadra nih membuatkan saya rindu+ketagih nak masak...huhu...kalau nak tahu ..saye dah dekat 2 bln x masak..huhu...maklumlah dok ngan mak mertua lagik..hehe Sun 30-Aug-2009 04:27
Posted by:mama mirul
Add comment


Tuesday, 25-Aug-2009 20:24 Email | Share | | Bookmark
The making of spiral currypuff.

 
 
 
View all 21 photos...
Sebelum berbuka puasa hari nie, fifi fad telah belajar cara membuat kulit karipap pusing drp Hjh. Anne. Berikut step-by-step cara membuat karipap pusing yg sempat disnap


Adunan 1: tepung + air + garam. Uli dengan tangan sehingga menjadi doh.

Adunan 2: tepung + minyak vege. Kuantiti adunan 2/3 drp adunan 1. Uli dengan tangan sehingga menjadi doh.

Masukkan doh adunan 2 ke dalam doh adunan 1.

Buat bentuk bola dan tabur dg tepung.

opsst..fifi fad miss byk steps sebelum doh menjadi bentuk spiral mcm nie.


Macam bentuk kerepek bawang pun ada kan?.

Masukkan inti dan kelim.

Cantikkan?.

Tengok tu spiralnya...very clear!.

tadaa..!!!.


sedap dan rangup.

Hulo! Kami dah sampai nak belajaq buat karipap spiral!!!

Hendrik dan Nik kusyuk mengunyah karipap pusing.

masing-masing sibuk berbuka puasa....

Dina minum sirap dan lengkong.


Selamat menjamu selera.

Wan Mama dan Wan Abah sedang menikmati karipap pusing.

Di antara menu yg fifi fad masak untuk hidangan iftar hari ke-4: Dalca Ayam, Ayam Hitam Madu dan Nasi Daging.

Menu drp Wan Mama: Sambal Udang Berkentang dan Sayur Campur. KMimi's Mee Hailam Spesel tidak sempat snap-snap pasai habis licin!

Solat berjemaah. Baru terperasan, majoriti lelaki memakai kemeja berkotak termasuk abah fifi fad

Gambar bonus!.

updated! - resepi Ayam Hitam Madu
Panaskan minyak sapi dan minyak vege. Tumis bahan blend kering: BBesar [2 labu] + BPutih [5 ulas] + Halia [1"] bersama KKManis [3"]. Masukkan baby chicken [2 ekor]. Kacau sebentar. Tambah sos tiram + kicap masin + kicap manis + madu + garam kasar. Tambah 1/2 cawan air dan masak sampai ayam empuk. Hampir masak [air dah kering], tabur sedikit lada putih.


gini caranyer buat karipap pusing selalu main mkn jer.. Thu 27-Aug-2009 05:29
Posted by:zai KuLiM  - [Link]
>>salam.. baguihnyr dikesempatan berbuka puasani mengeratkan hubungan cam gini belajar membuat karipap pusing ker apaker...idakler bersembang kosong ajerkan..
>>ayam hitam madu tu macamana resipinyer?? namanyer mengoda...
>>gambar bonustu cute....
>>okler selamat berpuasa.. sedar22 dah masuk hari ke-7 kan.. semoga ibadah kita diterima oleh Allah... dan juga selamat hari merdeka...
Fri 28-Aug-2009 02:45
Posted by:cho zila  - [Link]
Add comment


Monday, 24-Aug-2009 21:07 Email | Share | | Bookmark
Menu iftar 3

 
 
 


Sedap tengok ayaq tu...Pasal straw dia lawa Tue 25-Aug-2009 11:22
Posted by:mama I,D n A
Add comment


Sunday, 23-Aug-2009 20:51 Email | Share | | Bookmark
Iftar 2 n Sahur 3

 
 
 
View all 4 photos...
Menu iftar hari ke-2: serawa pisang, wantan mee, nasi goreng, air longan, Kyong's Kanji dan Hjh. Anne's Karipap Pusing....dan untuk sahur; fifi fad masak kari ikan merah. Untuk esok, fifi fad akan belajar membuat kulit karipap yg rangup dan berlemak drp Hjh. Anne. So esok akan ada mini kelas memasak!





Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

web02.fp.pidgintech.com